Dato' Dr. Zahazan Mohamed Dilantik Profesor Adjung FBI

Jabatan Pengajian Bahasa, Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Manusia (FBI) telah melantik Dato' Dr. Zahazan bin Mohamed sebagai Profesor Adjung FBI. Dato' Dr. Zahazan merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang Bahasa Arab dan Linguistik dan pernah muncul dalam pelbagai program televisyen. Pelantikan beliau berkuatkuasa sehingga 30 November 2022. Warga  FBI diharap dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran beliau ke arah memantapkan fakulti khususnya bagi program Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan (Kepujian) baharu.